Categories
sharing

Academia : My BIG Why

Selamat petang, saya singgah disini selepas seharian bergelumang dengan pelbagai tugasan yang bertimpa-timpa. Ambil sedikit ruang masa rehat untuk berkongsi berkenaan THE BIG WHY saya pilih laluan kerjaya sebagai Akademia.

Mengapa kita perlukan THE BIG WHY? sebab, dari sinilah kita akan susun dan usahakan kesungguhan kita untuk capai matlamat akhir. Agak clishe~ tapi begitulah kaedahnya.

Apa yang paling penting ialah kenali potensi sendiri dan tanya dalam diri apa yang anda inginkan diakhir pengajian? (Disini saya rujuk kepada para pembaca saya yang merupakan “pelajar” ya 🙂 )

Saya kongsikan pengalaman. Semasa di Tahun 1 di universiti lagi, saya telah terinspirasi oleh susuk-susuk hebat pensyarah saya. Kagum dengan ilmu yang mereka ada dan pemahaman mereka. Kaedah penyampaian yang pelbagai dan bukan secara tradisional buatkan saya lebih cepat belajar dan suka berkongsi dan mengajar untuk diri sendiri faham. Begitulah mereka memberi inspirasi kepada saya untuk memilih bidang akademik.

Melihat fleksibiliti masa seorang pensyarah menambahkan lagi minat saya untuk pilih bidang akademia berbanding terlibat dengan industri. Seterusnya, yang paling utama ialah “dendam” saya kerana “tidak puas belajar”. Sistem pendidikan yang terikat dengan Test 1- Test 2-Final Exam secara tak lagusng buat saya rasa saya belajar untuk lulus cemerlang peperiksaan dan dapat pointer terbaik setiap semester. Masa yang suntuk untuk hadam lebih mendalam buat saya rasa tidak puas belajar sesuatu subjek itu.

Lantas saya tekad. Akhir pengajian saya, saya akan bekerjaya sebagai salah seorang Akademia. Lantas apa perlu buat? Susun perancangan. Saya sambung ke peringkat Sarjana dengan penyelidikan dan terus sambung ke peringkat doktoral. Saya mendapat kepuasan dalam bidang penyelidikan di peringkat Sarjana. Hinggakan penyelia saya ketika itu berkata, kita sudah capai semua objektif. Sudah sampai masa letak titik noktah.

Sebagai Akademia sudah pasti mewajibkan menyambung pengajian hingga ke peringkat doktoral. Tahap terakhir dan tertinggi dalam bidang akademik. bagi melayakkan saya bekerjaya sebagai seorang pensyarah di Universiti Awam.

Ternyata, semakin dalam kita cuba mengkaji sesuatu ilmu itu semakin dahaga jadinya. Namun, kerana didalam portfolio akademia itu sendiri ada elemen penyelidikan, maka ia menjadi sesuatu yang sangat saya suka walau saya tak nafikan ada kesukaran. Banyak kesukaran yang dilalui terutama kesukaran bila kita tidak tahu untuk selesaikan sesuati permasalahan dalam penyelidikan kita. Tapi, disinilah kita akan belajar.

Bagi portfolio Pengajaran~ kisah ini dan pengalaman ini ada berkaitan dengan sesuatu yang lebih menarik untuk saya kongsi di hantaran yang lain ya.

Kesimpulanya, saya ingin sekali lagi tekankan betapa perlunya ada THE BIG WHY itu.

Tetapkan hala tuju diri anda sekarang. Imiginasikan 10 tahun akan datang anda adalah siapa dan anda bagaimana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *